Friday 22 May 2015

BAKING: BAHAN-BAHAN & FUNGSI

ASSALAMUALAIKUM...
Seriously, amatlah lama x meng'update' belong. Cuti panjang lah katakan. Yg sememangnya panjang. Cuti bersalin la, berpantang la. tegha nak pulih tenaga ambik masa la sikit kan. Alhamdulillah, second Son almost 9 month dah pun.

First Day. Muhammad Ashraf Bin Mohd Nazri.
21 September 2014

Happy and Healthy son

 BAKING EQUIPMENT



Hokkey!! Dah2 sambung bab entry pulak. Bahan-bahan atau Kegunaan Am serta Fungsinya dalam pembuatan Kek, Biskut mahupun Roti. Jom kita ambik tau sama-sama. Entry ni sebenarnya sebagai Nota Baking for my self sebab selalu kalau salin dalam buku nota mesti buku tu hilang (lupa letak mana@lupa buku mana satu) hehehe...

TEPUNG

Dalam pembuatan kek, tepung yang sering digunakan adalah tepung protein rendah (low protein) seperti tepung kek, tepung superfine, red rose dan sebagainya. Anda boleh gunakan tepung gandum biasa (serbaguna/protin sederhana) tetapi teksturnya lebih kasar jika dibandingkan menggunakan tepung protein rendah yang menjadikan kek lebih halus. Tepung gandum berfungsi sebagai agen penyerap cecair dari telur/air dan membentuk struktur yang kukuh buat kek itu. Tanpa tepung yang cukup, kek menjadi lembik seperti puding.

Contoh tepung (ehsan Google)

GULA

Gula berfungsi memberikan rasa manis dan melembutkan adunan. Ada sesetengah kek yang mempunyai kandungan gula yang tinggi agar menjadi pengawet semulajadi supaya kek tahan lebih lama, contohnya kek buah. Dalam kek mentega, gula dicampur dengan mentega dan dipukul hingga kembang dan gebu. Gula ini membantu lemak memerangkap sel-sel udara yang penting untuk menaikkan adunan kek nanti. Dalam kek yang menggunakan kaedah membuih (foaming method) seperti membuat kek span, gula membantu menstabilkan buih-buih telur supaya mudah digaul dengan bahan-bahan lain seperti tepung gandum.

Jenis-jenis pemanis / gula (ehsan Google)

LEMAK

Dalam pembuatan kek, lemak yang digunakan adalah seperti mentega atau majerin. Lemak berfungsi melembut dan melincirkan glutin dalam tepung dan menjadikan kek lembut dan halus. Dalam kek mentega, lemak yang digunakan adalah dalam bentuk pepejal seperti mentega atau majerin. Untuk mendapatkan kek yang lebih sedap, mentega adalah dicadangkan tetapi kebanyakan pengusaha bakeri mencampurkan mentega dan majerin untuk menjimatkan kos dan volume yang lebih baik bagi kek tersebut.Lemak ini dipukul bersama gula untuk memerangkap sel-sel udara dan menjadikan ia ringan dan gebu. Lemak yang digunakan dalam kek span adalah dalam bentuk cecair samada mentega cair, majerin cair atau minyak masak. Ia memberi kelembutan dan kelembapan kepada kek.

Jenis lemak yang terdiri daripada mentega dan marjerin (ehsan Google)

TELUR

Telur berperanan menyebatikan semua adunan dan memberikan kelembapan kepada kek. Dalam kek mentega, telur yang merupakan cecair membantu menyebatikan mentega dan gula . Ia juga membantu mencairkan gula . Dalam kek span, telur adalah sumber penaik yang utama dimana sel-sel udara yang terperangkap dalam buih-buih telur itu akan mengembang apabila dibakar. Proses ini akan menaikkan kek dan menjadikan ia kembang dan gebu. Telur juga menyediakan rasa lemak dan warna kuning kepada kek.

Jenis telur (ehsan Google)

EMPLEX

Dalam pembuatan biskut dan roti penggunaan Emplex atau Pelembut Roti adalah penting. Bagi resepi biskut, emplex penting sebagai ejen merapuhkan biskut selain penggunaan tepung jagung tetapi tidak semua jenis biskut boleh menggunakan emplek. Manakala dalam pembuatan roti, emplek bertindak sebagai pelembut roti walaupun tanpa menggunakan 'bread improver' atau 'water roux'.

Ovalette, Cream Of Tartar dan Emplex (stok kat rumah ^^)

OVALETTE

Ovalette (atau juga dikenali sebagai sponge cake stabilizer atau Quick 75) adalah sejenis bahan penstabil atau emulsifierOvalette berbentuk pes atau pekatan berwarna kuning dan boleh didapati di kedai menjual bahan-bahan kek. Ia selalu digunakan untuk membuat kek span dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek. Ovalette juga kadang-kadang digunakan dalam membuat kek lapis sarawak dan apam. Sifatnya yang berasid akan membantu telur dalam kek itu naik (rise) dan memerangkap lebih udara dengan lebih cepat. Ovalette menjadikan kek mudah mengental (stiff), stabil dan tidak mudah jatuh ketika ia dikacau, dibakar atau dikukus. Kek span yang menggunakan ovalette mampu mengekalkan bentuk kek, di samping menjadikan kek lembut dan gebu setelah dimasak.

CREAM OF TARTAR

Dikenali sebagai bahan penaik kimia atau chemical leaveners. Ia berbentuk serbuk putih dan boleh dibeli di pasaraya dan kedai-kedai bahan kek. Fungsinya adalah untuk menaikkan dan meringankan adunan kek/kuih agar lebih gebu. Serbuk krim tartar agak jarang digunakan tetapi ada juga resipi yang menggunakan soda dan krim tartar bersama. Krim tartar dihasilkan daripada asid tartarik dan tentunya ia bersifat asid. Biasanya serbuk ini dicampurkan dalam telur putih bagi membuat meringue. Ianya digunakan untuk membuat kek sifon atau membuat kek keju bakar.

BAHAN PENAIK

Bahan penaik yang paling sering digunakan ialah serbuk penaik. Terdapat dua jenis serbuk penaik iaitu yang jenis biasa dan jenis berganda (double -action baking powder).Jenis biasa digunakan dalam kebanyakan kek manakala jenis berganda digunakan untuk kek kukus atau kuih-muih kukus seperti pau, apam dan sebagainya. Ia bertindak dua kali lebih kuat dari biasa dan menjadikan kek atau kuih lebih gebu dan mekar.

Soda bikarbonat pula sering digunakan dalam kebanyakan kek, biskut atau kuih yang berasid seperti menggunakan susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus , puri buah-buahan dan lain-lain. Soda bikarbonat adalah bersifat alkali dan ia akan bertindak menutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek dan kuih tersebut dan menaikkan kek/kuih apabila dimasak.

Baking Powder dan soda Bikarbonat (stok kat rumah^^)

Ini hanya sedikit dari bahan yang sering digunakan. Sambil menaip entry ni sambil meRoti. Nanti kita share pasal roti na. Dah lewat sangat.

Selamat Malam ^^

**SUMBER: Merata ceghok godek dalam google and belog pro2

Friday 24 January 2014

2014 Buku Baru

Assalamualaikum...
hampir 2 bulan x update blog.. =( Dec 2013 agak busy sket dengan Flea Market Langkawi Magikal... hari ni x nak ceghita sangat..nak tunjuk gambaq2 saja...

 Biskut Lidah Kucing / Rainbow Cookies
RM25 (65pcs)

 Chunky Cookies
RM10 (100g)


Chunky Cookies
RM10 (100g)

 Classic Brownies
RM40

Choco Whoopie Pie with Peanut Butter Filling
RM18

Wednesday 4 December 2013

SPONSOR ~ Deserts

Assalamualaikum...
Lama bebenor x berblog neh..tetiba ja nk ceghita psai Sponsor neh..baru2 neh Along da tertarik dengan 1 event neh..depa email la kat Along if nak sponsor deserts untuk event tu..1st dengar tu macam best la..macam nk conform teruih.. tapi bila pikiaq2 balik macam susah la..pasai Along nk kena baked kt Langkawi dulu pastu kena bawak p Shah Alam..kena set meja pulak kt sana..n macam2 lagi..kira2 balik mau cecah RM1k above neh + tambang lagi +sewa lagi..fuhh!! lastly, buat keputusan x payah lagi la..sponsor kecik2 dulu kt sini bagi orang cini kenai dulu baru boleh sponsor yg besaq2 kn..kn..kn.. hurmmm... (cam melepas peluang pulak)

Tuesday 19 November 2013

CONGO BAR LAGI

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...rezeki Congo Bar..selepas publish kt online ni rezeki masuk slow2 sikit2..baru nak kenai katakan...tapi tu la.Congo bar ni senang ja nak buat cuma bahan2 tu la mahal sikit pastu harga yang kita juai pun padan la dengan modal tu..tapi ada saja yang kata "awat yg mahai sangat?" cek jawab balik "kak,modal pun mahai x kan nak juai murah." (jawab dalam hati ja..hehe...) kadang2 tu rasa macam nak give up jugak tapi sabaqkan hati ni jugak..lumrah cari rezeki biasa la...rezeki tu ada di mana2 kita saja kena teroka cari...so,selepas dah tabah sikit2 ni Along pun teruskan jugak la business kecik2 ni...alhamdulillah...congo bar dengan Rainbow Cookies lebih mendapat sambutan...


Sapa lagi yang x rasa and nak rasa boleh order sini ya =D SMS/WECHAT/WHATSAPP 017-3608785...Boleh pos ya uollss...

Sunday 17 November 2013

Finally, Done! My Own CONGO BAR

Assalamualaikum...
Akhirnya,dapat jugak buat Congo Bar sendiri...tu pun pagi tadi..mimpi apa pun x tau la bangun2 teruih prepare bahan2 nak buat Congo Bar... (batuk x berenti terjaga dr tidur kalau dk besaq tuah nak buat pagi2) nah,ambik ni...The Making of my Congo Bar...........

 Ni rupa bahan2 Congo Bar..simple saja kan...tengok pun tau dah kan...
150g Butter > 320g Gula Perang (Along guna 300g saja tu pun manis habiaq dh) > 3bj Telur > 1sk Esen Vanilla > 2 3/4 cup All purpose flour > 2 1/2 sk Baking Powder >1/2 sk Garam Halus > 250g Coklat Chip > 1 cup Nuts (optional)

 Yg ni selepas putar butter, gula, telur and esen vanilla..masukkan tepung sikit2 stirkan sampai sebati baru masukkan coklat chip and nuts (along guna slice almond ja)

 Ni ghopanya dah masuk oven 170 C selama 30 minit..permukaan seakan gold ke perang try cucuk tengok masak ke tak ye...

 Ni ghopanya bila dah masak..biaq sejuk betoi2 baru potong na...ingat,sejuk betoi2..kalau dk jadi macam hasil kt bawah ni....

Ketegaq macam ni la..x sabaq2 nak tunggu sejuk...bentuk dia x cantik la..tapi yg dalam foil tu cantik...bukan pa,bau dia tu mak aii.....cucuk hidung2 ni...sedaappp...tergugat selera den ni haa....

#Congo Bar in Foil (S) - RM2
#Congo Bar in Foil (M) - RM12
#Congo Bar 8x8 (L) - RM35

ORDER : CALL/SMS/WECHAT/WHATSAPP
017-3608785 =)


Friday 15 November 2013

Tempting ~ CONGO BAR

ASSALAMUALAIKUM...
Hari ni nak ceghita pasai CONGO BAR.. apa tu Congo Bar?? jeng..jeng..jeng... ekceli sebenarnya dah lama dengaq2 pasai ni tapi baru hari ni dapat ceghita.. Congo Bar ni rupanya lebih kurang macam Brownies cuma color x sama..Brownies choco color pun dark tapi Congo Bar ni Gold and rich dengan Chocolate Chips and Peanuts(Optional)..yg nak buatnya Congo Bar ni mahal sikit adalah Nuts yg kita guna..kalau guna slice almond or chops peanuts murah la sikit..tapi better guna Nuts yg sedang2 or mahal sikit macam Peacans, Walnut, Hazel or Pistasio.. gerenti marveles habis la...

 Kalau dh potong macam ni la rupa dia..pic ni Along search kt uncle google je...hehe...

Macam ni rupanya Congo Bar..x jadi bar lg pasai x potong lg...

Semua2 ni kredit to kak azlitamasammanis.blogspot.com kebanyakan resepi yg Along try banyak search kt kak azlita and kak wan...tapi Along ubah2 la sikit ikut sedap tangan nak tuang and mulut nak rasa... =D
OK la..nanti bila Along dah try and tip top jadi baru Along share resepi ya... kalau yg segan nak buat sendiri nanti boleh order ya...hehehe... (perasan nak jual pulak jadi pun belum) STAY TUNED YEAH!

Wednesday 13 November 2013

Cloudy Rainbow/Color Cookies

Mai dah..mai dah..yg ni mau tau arr jadi elok..psai loyang baru..hehe.. buat juai pn baru la senang mata pandang and hati sket...bentuk pun sama besaq ja.. nak tayang sat no...hehehe....

 Ni la bentuk loyangnya..dah siap piping yg ni.. sapa nak loyang macam ni boleh order kt blog citarasawan.blogspot.com

 Ni hasilnya yg dah di pack..1 box ni boleh boh 70pcs RM25 saja =D

 Yg ni Color and Rainbow..nampak dak tepi2 cookie tu lain color? hehe..sebab ralit dengan instagram la nasib baik x hangit..huihh..

 Yg ni saja try perisa Coco + Milo...yg ni kesukaan warga emas ya sebab i buat kurang manis amat...hehe.. (lepas buat bg tok2 try..depa suka)

Ni la hasilnya Cloudy CoLo(coco+milo) Cookies...SEEDAAPPPP
tapi CoLo ni resepi lain sket ya..kena adjust dr resepi asalnya....

Dah siap hasilnya..siapa nak order boleh dah..tapi LIMITED order ya..x dan buat sorang2...hehe... SMS/CALL/WECHAT 017-3608785 Nak tengok yg lain2 boleh tengok kt instagram na.. @coloursofay FOLLOW la =D